Monday, April 5, 2010

salam ceria

Khabar hari ini begitu mendamaikan, pagi ini disirami hujan rahmat dan tengah hari panas yang membahang disinari suria. Sebelum masuk kelas, tengok2 dulu persediaan di samping tu dapatlah tulis sesuatu kat sini. Kat sekolah ni, okey aje, kita rehat2 sambil buat2 keje.

Sunday, April 4, 2010

Salam ukhwah ....ketemu lagi

Dah lama i tak post apa-apa kat cni. Bukan apa2 tp ada masalah sket dengan access internet kat rumah. Well, rasanya diri ini semakin meningkat usia tp amalan tak bertambah. Hari ni, sambil dok kat rumah, i terfikir macam mana kita di alam kubur nanti, bukan apa hari tu i bukak tv tengok al kuliyyah. Ahli panel beritahu that kat alam sana ( akhirat ) sehari seperti seribu tahun kat dunia. Bayangkan kalau kita kena masuk neraka satu hari sahaja sudah diazab begitu hebat, macam mana kalau kena penjara neraka berjuta-juta tahun. Tak boleh i nak bayangkan...............Ya Allah, jauhkanlah kami daripada fitnah kubur dan azab api neraka.
Macam-macam dah Tuhan tunjukkan petanda bahawa kiamat sudah hampir, perempuan berpakaian tetapi telanjang........you all boleh tgk kan sekarang ni berapa ramai orang macam tu yang mengaku dirinya Islam tp akhlak mengalahkan...............Nauzubiilah min zalik. Zina berleluasa...............orang dah tak takut tak kira tua ke muda anggap zina macam satu benda yang biasa, di kampung di bandar di mana2 sahaja. I takut benda ni satu hari jadi budaya hidup masyarakat kita.
Hope fully, kita didik anak2 kita jd masyarakat yang berakhlak, yang mengerjakan amal maaruf nahi mungkar. Moga anak-anak ummi atiq n sufya menjadi manusia yang soleh, sihat, comel dan bijak. Ya Allah hanya kepada-Mu aku berserah. Amin.