Monday, April 5, 2010

salam ceria

Khabar hari ini begitu mendamaikan, pagi ini disirami hujan rahmat dan tengah hari panas yang membahang disinari suria. Sebelum masuk kelas, tengok2 dulu persediaan di samping tu dapatlah tulis sesuatu kat sini. Kat sekolah ni, okey aje, kita rehat2 sambil buat2 keje.

Sunday, April 4, 2010

Salam ukhwah ....ketemu lagi

Dah lama i tak post apa-apa kat cni. Bukan apa2 tp ada masalah sket dengan access internet kat rumah. Well, rasanya diri ini semakin meningkat usia tp amalan tak bertambah. Hari ni, sambil dok kat rumah, i terfikir macam mana kita di alam kubur nanti, bukan apa hari tu i bukak tv tengok al kuliyyah. Ahli panel beritahu that kat alam sana ( akhirat ) sehari seperti seribu tahun kat dunia. Bayangkan kalau kita kena masuk neraka satu hari sahaja sudah diazab begitu hebat, macam mana kalau kena penjara neraka berjuta-juta tahun. Tak boleh i nak bayangkan...............Ya Allah, jauhkanlah kami daripada fitnah kubur dan azab api neraka.
Macam-macam dah Tuhan tunjukkan petanda bahawa kiamat sudah hampir, perempuan berpakaian tetapi telanjang........you all boleh tgk kan sekarang ni berapa ramai orang macam tu yang mengaku dirinya Islam tp akhlak mengalahkan...............Nauzubiilah min zalik. Zina berleluasa...............orang dah tak takut tak kira tua ke muda anggap zina macam satu benda yang biasa, di kampung di bandar di mana2 sahaja. I takut benda ni satu hari jadi budaya hidup masyarakat kita.
Hope fully, kita didik anak2 kita jd masyarakat yang berakhlak, yang mengerjakan amal maaruf nahi mungkar. Moga anak-anak ummi atiq n sufya menjadi manusia yang soleh, sihat, comel dan bijak. Ya Allah hanya kepada-Mu aku berserah. Amin.

Friday, March 19, 2010

Pagi jumaat

Penghulu segala hari, rasanya kalau boleh biarlah tiap2 hari hari Jumaat n satu lagi keistimewaan kat Kelantan, jumaat cuti. I tak setuju kalau orang kata kalau cuti berlainan setiap negeri mengurangkan produktiviti coz produktiviti bukan diukur dari hari apa kita cuti but how we manage our time, isn'it? Sebut tentang hari Jumaat, kat Kelantan terlalu banyak keistimewaan.

  1. ada tazkirah mingguan oleh tok guru mb kat kb
  2. ada tazkirah mingguan kat masjid2 ( mostly masjid kat kelantan ada orang ngajar ( istilah kelantan )
  3. ada pasar tani, pasar malam dll pasar lagila
Jadi kalau rasa nak jalan2, you're most welcome to kelantan ( negeri tadahan wahyu, tanah rendah sekebun bunga, negeri cik siti wan kembang dll ) bukan i nak puji tp that;s de reality.ok la, anak dah datang ngacau.he3

Tuesday, March 16, 2010

cerita pagi hari

Hari ni dapatlah berblog coz my dear son and my lovely daughter ada orang tlg tengok2kan. I nak cerita tentang sesuatu yag berat sket iaitu tentang social illness. Bukan i nak kata, recently kita banyak dengar tentang manusia yang berhati ........ kan. Contohnya kes adik safiya. Sebagai seorang ib, i betl2 sedih sampai i tak boleh nak baca cerita tu, before this i tak boleh baca tentang adi nurin. ok la , anak dah nangis................bye

Sunday, March 14, 2010

Tak Buat Apa Pun...

Salam kembali ya. Hari ni ada kelas tambahan kat sekolah. Biasalah zaman ni, bukan macam dulu kelas tambahan bukannya satu keperluan. Hari ni nak kongsi satu cerita tentang kenangan silam.  Baru-baru ni, i jumpa dengan kawan lama, almost 14 years tak jupa dia. Banyak cerita kami kongsi, including cerita dulu-dulu. I dapat tahu seseorng yang i kenal dulu dah jadi hebat, tak sangka zaman dulu biasa je. Malu gak kalau i jumpa dia sekarang.

Wednesday, March 3, 2010

alkisahnya....

Sudah beberapa hari tak buka blog coz ada perkara2 yang tidak dapat dielakkan.Hari ni biasa je, tp rungsing jgk krn dengar h1n1 kembali aktif. Ya Allah, jauhkan daripada trkena kepada kami anak- beranak. Mnggu depan sekolah ada exam untuk form 1 hingga prau. Lepas tu cuti, tu yang seronok tu.
Nak cerita tentang sekolah memang x abis krn slalu ada cerita baru. Tp i nak cerita tentang satu isu....pengkhianatan. Hari ni kita banyak dengar tentang pengkhianatan, orang tu khianat orang ni la, khianat negara la tp bagi saya yag paling orang lupa ialah mengkhianati diri sendiri. Lagu mana tu? In my opinion la, org yang mengkhianati diri sendiri ialah mereka yang selalu lupa bahawa dia ialah makhluk Allah yang akan kembali kepada Allah. Hanya kepada Allah tempat bergantung. Jadi apabila kita sedar bahawa one day kita akan pergi jua, maka segala tindak tanduk kita perlulah berlandaskan iman dan Islam, walaupun siapa kita. Tak perlu kta hidup mengampu sesiapa coz kalau kita passed away satu hari nati, apa yang kita bawa hanyalah amalan sama ada baik atau buruk. So....janganlah mengkhianati diri sendiri, Insya Allah kita akan selamat.

Saturday, February 27, 2010

Cuti...cuti Kota Bharu...

Assalamualaikum...
Hari ni nak cerita tentang cuti-cuti Kota Bharu. My dear son and i going to kb to buy some stuff. Memang ramai kat kb although bukan cuti sekolah. i pun tertanya-tanya kenapa ek, biasanya orang kata kelantan ni dalam gerhana tp ramai juga visitor yang datang.
Sebenarnya saya bangga menjadi sebahagian daripada warga kelantan coz kami ni jenis yang independent, tak suka meminta-minta. Seingat saya, kami dulu masa sekolah x pernah dapat apapun, yang dapat hanya biasiswa, tu pun sbb kami cemerlang dalam exam, tp skrag budak2 dapat itu dapat ini, rmt la, kwamp la, sbt la, tapi masih x bersyukur, malas nak g sklh.